Islamic Widget

Rabu, 24 Februari 2010

SAMI SEMBAHYANG DI MASJID???

Saya amat terkejut dengan penemuan gambar-gambar ini. Di mana lokasi dan negara mana saya pun tak dapat temui.
Cumanya saya minta pandangan para pembaca untuk memberikan sedikit feedback berhubung perkara ini...
Musykil sangat-sangat ni.






Kongsikan pandangan anda ya.

TANDA-TANDA DIHAMPIRI SAKARATUL MAUT

Sebagai org islam.. mengingati mati adalah sunat... tetapi meminta mati adalah berdosa..

Berkaitan dengan kematian... marilah sama2 kita renungkan ...tanda2 sblm mati...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

Sabtu, 20 Februari 2010

Party slams Nik Aziz for scrapping Maulidur Rasul celebrations in Kelantan

Kelantan Umno has criticised PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for manipulating the Maulidur Rasul celebrations to gain political mileage with its coalition partner, DAP.

Its liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the Maulidur Rasul celebrations had been observed for so long in Malaysia that it had become a cultural practice among the Malay Muslims.

Mustapa, who is also International Trade and Industry Minister, said Nik Aziz’s opinion that the Prophet Muhammad’s birthday was not as important as the month of Ramadan belittled the celebration.

It also showed that PAS could easily compromise on Islamic religious issues with DAP, which had earlier been reported to have cancelled the celebration in Penang, he said.

In Kota Baru on Sunday, Nik Aziz announced that there would be no Maulidur Rasul celebrations in Kelantan this year.

He said the state government had decided to scrap the event because it was not as important as the month of Ramadan.

“There is nothing to celebrate in the Maulidur Rasul as it does not contain any fadhilat (virtues) compared to the month of Ramadan where Muslims have to strictly observe discipline.

“Personally, I do not even celebrate the day. Maulidur Rasul is a day for Muslims to create an Islamic atmosphere where they stay, nothing more.”

He was commenting on criticism against the Penang government for purportedly sending out letters cancelling this year’s Maulidur Rasul celebrations.

The state later clarified that the procession would go on as planned.

Nik Abdul Aziz, who is also the PAS spiritual advisor, said that the true spirit of maulidur (observance of Prophet’s Muhammad’s birthday) was the Islamic programmes implemented by the PAS government in Kelantan.

“I have been given the mandate to manage Kelantan via an Islamic administration socially, economically and culturally and to me this is the meaning of maulidur that should be implemented the year round.”

He urged the people to practise visiting each other to foster a better relationship with all ethnic groups.

He added that it was part of Islamic teaching to do so as it was also practised by Prophet Muhammad during his time.

Ahad, 14 Februari 2010

Solat dan Lima Jenis Golongan Manusia

Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Sabtu, 13 Februari 2010

Pandangan Islam Tentang Hari Kekasih (Valentine Day)




"Salam sejahtera dan salam persahabatan kepada semua pengunjung. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam semesta, menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, menjadikan rezeki kepada seluruh umat manusia ini dan sesungguhnya Allahlah yang layak di sembah dan dipuja. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw dengan berkat perjuangan Baginda Islam dapat dinikmati sehingga sekarang ini.


Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti. Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang mala petaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.
Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti. Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.
Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam. Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day). Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut. Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”


Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya. Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama padri yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka. Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikuatiri murtad dari agama Islam.


Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).


Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.


Saranan saya, marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah. Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam.

Jumaat, 12 Februari 2010

Wudhu anggota cedera @ di simen

Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah (maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” dan sabda Nabi s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu”. Dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah gugur kewajipan apa yang seseorang tidak mampu. Maka gantinya ialah apa yang disyarakkan. Syarak pula tidak wajib diikuti melainkan dengan dalil daripada al-Quran atau sunnah. Tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan ke atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.(lihat: Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla,1/316, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ). Tokoh hadith zaman ini yang terkenal al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h.cenderung kepada pendapat ini. (lihat: Al-Albani, Tamam al-Minnah, 133-135, cetakan: Dar al-Rayah, Riyadh ).

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan, keduanya lebih mudah untuk pesakit dibandingkan pendapat-pendapat lain. Dia juga tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh. Inilah pendapat yang paling kuat.

Khamis, 11 Februari 2010

Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak





1. Kurang berdoa dalam proses mendidik anak
- Doa tak mabrur jika solat tak di jaga
- Doakan kecemerlangan guru-guru

2. Kurang tegas dalam mendidik anak

- waktu belajar
- waktu mengaji
- waktu tidur
- waku riadah
- lain2
- amalkan makan malam sebelum waktu maghrib

3. Lebih banyak memberi belaian negatif(tarhib) dari belaian posiif(targhib)

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak

Kaedah didikan mengikut peringkat umur

1 hingga 7 tahun

- didik cara gurau

8 hingga 14 tahun

- didik dengan displin dan tunjuk ajar

15 hingga 21 tahun

- didik cara kawan

21 tahun ke atas

- beri kebebasan untuk membuat keputusan

5. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

- Anak-anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata. Jangan membezakan kasih sayang antara anak-anak. Jika tak kasih anak, anak tidak kasih pada ibu-bapa.

Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatang kesan kepada anak iaitu badan sihat,IQ tinggi,yakin dan mudah ikut contoh baik dari orang yang berjaya.

Anak-anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca dari rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata dari ibu bapa.

6. Kurang menghidupkan sunnah dalam rumah tangga

- Ajar kepada anak-anak sunnah nabi dan jadikan ia amalan seharian

7. Kurang menggalakkan Musyuarah dalam membuat keputusan

- Keputusan yang di buat semasa mesyuarat walaupun silap atau salah takkan merugikan

8. Tidak menggantungkan rotan ditempat yang boleh dilihat oleh anak.

- Merotan anak adalah sunat bagi anak-anak yang meninggalkan solat. Namun elakkan dari sentiasa di lihat anak-anak kerana ia akan mendatangkan kesan psikologi yang kurang baik.

9. Kurang mengawasi pendedahan kepada Tv,Video internet dan lain-lain

- Mengikut kajian, anak bangsa melayu paling banyak menonton TV, dalam tempoh 4 jam sehari berbanding kaum Cina 4 jam seminggu

- Jika inginkan kejayaan anak, kita perlu berkorban dengan tidak menonton TV semasa minggu persekolahan

10. Tidak menggunakan masa paling jitu untuk mendidik anak(Teachble moment)

- Sebelum tidur

Baca dan hembuskan di umbun-umbun anak kita surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah

- Beri Nasihat kepada anak sebelum tidur

- Waktu anak sedang tidur, bisikkan ke telinganya kata-kata nasihat

- Waktu anak bangun tidur jiwanya bersih bagai bayi baru lahir, tarik ibu jari kaki kanannya dengan ucapan,” Kau anak yang baik,kamu anak soleh dan kamu anak yang pandai, bangun nak, pergi mandi dan sembahyang subuh”

Ramai ibu secara tidak sedar mendoakan atau menjadikan anaknya derhaka dengan menyuruh anaknya membuat satu-satu perkara dengan percakapan berulang-ulang kali. Sekali disuruh sembahyang di balas nantilah sekejap lagi, di suruh sekali lagi pergi sembahyang di balasnya nanti lah masih ada waktu lagi, anak engkar perintah ibu yang menjadikannya derhaka. Oleh itu jangan suruh anak lebih dari sekali, gunakan lah pendekatan psikologi untuk anak menuruti suruhan kita.

- Lepas mandi jiwa anak tenang berikan nasihat, jangan dimarahi kesalahan anak selepas anak selesai mandi. Kerana ia meninggakan kesan yang dalam kepada jiwa anak.

- Lepas sembahyang berjemaah, di atas sejadah berikan tazkirah dan nasihat kepada anak-anak

- Lepas mengaji/membaca al-Quran nasihati lah anak-anak dengan amalan yang baik-baik.

- Lepas Riadah, ketika ini kepenatan akan menghilangkan tekanan yang di hadapi anak-anak, berikan lah apa jua nasihat yang ingin di sampaikan kerana masa ini mudah anak-anak menerimanya.

Bagi anak-anak yang degil sukar menerima nasihat dari ibubapa bacakan petikan Al-Quran dari Surah Toha ayat 1 hingga 5 untuk melembutkan kedegilan anak-anak dan

Surah Hasyr ayat 21 dan seterusnya. Bagi anak yang sukar solat baca surah Ibrahim ayat 40 bagi anak tak lupa solat.

Adalah penting ibubapa sama-sama memainkan peranan di dalam mendidik anak-anak

Jika si ibu memarahi anak-anak, bapa jangan pula turut sama memarahi anak, sebaliknya bapa membawa peranan memujuk anak tersebut dan begitulah juga jika sebaliknya. Amat penting dalan situasi ini tiada unsur sebotaj di dalam memainkan peranan masing-masing, dengan memperlekehan pasangan kita di hadapan anak-anak kita.