Islamic Widget
Rabu, 24 Jun 2009
Tok GuRu Ku
Hikmah Zikir itu...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
KenaLi Tok GuRu SaYa dr yaman
Isnin, 22 Jun 2009
Keutamaan Membaca Surah Al-Baqarah
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”Riwayat Muslim
Huraian :
Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.
Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.
Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia.
Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib.
Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya.
Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.
Pantun Dan Guru
Pantun Dan Guru
A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat
Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan
Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!
Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar
Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan
Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi
Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
sumber : www.swakarya.com
Langkah Ahli Tasauf -2
Mungkin kita berfikir, apa perlunya hidup bagi orang lain?. Tapi kata-kata Sayyid Qutb “orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain, ia akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagi orang besar”.
Lihatlah junjungan besar, Muhammad s.a.w menjadi orang yang dikagumi dunia bahkan oleh musuh-musuhnya. Baginda rela menempah risiko diboikot selama tiga tahun sehingga diriwayatkan sampai memakan rumput kering, hanya agar orang-orang tidak lagi menyembah patung-patung yang mereka buat sendiri dari batu atau tepung yang apabila lapar mereka sendiri akan memakan patung-patung itu. Hanya agar orang-orang tidak lagi saling membunuh dan menghina kedudukan wanita, sampai mengubur bayi-bayi perempuan mereka hidup-hidup hanya karena alasan tidak logik; Malu!
Generasi Al-Qur’an yang Unik
Lihatlah juga para sahabat Muhammad yang diiktiraf sebagai generasi terbaik yang pernah lahir di dunia kita yang sudah tua ini, Sayyid Qutb menyebutnya “Generasi Qur’ani yang unik”, “Suatu generasi pilihan sepanjang sejarah Islam dan sejarah manusia,yang mana generasi sehebat ini tidak lagi dihasilkan dalam sejarah Islam”. Tengoklah kisah kepahlawanan mereka dalam perang Uhud, saat tiga orang di antara mereka menderita karena luka-luka jihad dan kehausan air dingin yang menyegarkan. Seorang di antara mereka meminta seteguk air. Saat didatangi untuk diberi air, ia melihat sahabat ke-2 juga kehausan, iapun meminta agar air itu diberikan kepada sahabat ke-2 terlebih dulu. Sesampainya air pada sahabat ke-2, ia melihat sahabat ketiga jauh lebih kehausan. Dimintanya air itu agar lebih dulu diberikan kepada sahabat ke-3. Sesampainya air itu pada sahabat ke-3, ia berfikir tentu sahabat pertama sudah tidak tahan lagi menahan haus, iapun meminta agar air itu diberikan pada sahabat pertama. Namun, saat air itu sampai pada sahabat pertama, ia telah syahid, begitupun dengan sahabat ke-2 dan dan sahabat ke-3, telah dijemput bidadari menuju negeri abadi yang tidak dapat ditandingi; Syurga.
Begitulah orang-orang terdahulu hidup bagi orang lain. Mereka hidup sebagai orang-orang besar yang dicatat sejarahnya. Namun hidup bagi orang lain tidaklah mudah, di sana ada pengorbanan besar yang harus dibayar mahal. Tidak cukup sekadar waktu, tenaga, harta atau jiwa, tetapi kadang-kadang sampai mengorbankan perasaan manusiawi mereka sendiri.
Itulah mengapa Hasan Al-Banna tetap memutuskan pergi memenuhi panggilan dakwah walau seorang anaknya sakit keras. Saat itu ia hanya berkata, ” Saya tetap tidak akan pernah bisa menyelamatkan anak ini, walaupun saya tetap berada disisinya” atau itulah jawaban mengapa, Ibnu Taimiyah dan Sayyid Qutb tidak pernah sempat merasakan kelembutan hati dan layanan seorang isteri. Setahu kita, sebahagian besar hidup mereka memang menikmati penjara penguasa. Dan mungkin, itulah alasan mengapa Hanzalah rela meninggalkan kenikmatan halal di malam pertamanya demi memenuhi panggilan jihad, walaupun ia belum lagi sempat mandi wajib. Beliau syahid dalam perang itu dan mendapat kehormatan dari Allah; Dimandikan malaikat-malaikat yang tidak punya dosa.
Lantas, pilihan di tangan anda. Meneruskan kehidupan dengan hanya sibuk berurusan dengan masalah dan keperluan diri; makan, pakaian, keluarga, belajar semata-mata atau mulai melangkah perlahan-lahan meraih redha Ilahi dengan berkongsi nilai iman dan kehidupan sebagai sahabat di lingkunganmu.
Ingatlah hadis Nabi s.a.w.
”Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling bermanfaat pada orang lain”
Duhai hati~ Langkah Ahli Tasauf

Maha Suci Allah yang mempergilirkan siang dan malam. Kehidupan pun
menjadi dinamik, seimbang dan berkesinambungan. Ada hamba-hamba
Allah yang menghidupkan siang dan malamnya untuk sentiasa dekat
dengan Yang Maha Rahman dan Rahim. Tapi, tidak sedikit juga yang
akhirnya menjauh dan terus menjauhkan diri dari Allah swt.
Seperti tanaman, ruhani memerlukan siraman
Sekuat apa pun sebatang pokok, tidak akan dapat melepaskan diri dari
kebergantungan kepada air. Siraman air menjadi tenaga yang baru bagi
sebatang pokok. Dari tenaga itulah pokok akan mengukuhkan penjalaran
akarnya, meninggikan batangnya, memperbanyakkan dahan, menumbuhkan
daun yang baru dan akhirnya menegeluarkan buah.
Seperti itulah pula siraman ruhani buat hati manusia. Tanpa
kesegaran ruhani, manusia cuma sebatang pohon kering yang berjalan.
Tidak dapat memberi keteduhan kepada sesiapapun apalagi buah yang
boleh dimanfaatkan. Hati akan menjadi begitu kering persis
sepertimana ranting-ranting kering yang mudah terbakar.
Allah swt. memberikan teguran yang khusus untuk mereka2 yang beriman.
Dalam surah Al-Hadid ayat 16, Allah swt berfirman,
tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
Hati bagi orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang dapat dihasilkan. Sebaliknya, jika hati jauh dari zikir; ia akan tumbuh liar.
Jangankan buah, ladang hati seperti itu akan menjadi sarang ular, kala jengking dan sebagainya.
Hamba-hamba Allah yang beriman akan sentiasa menjaga kesegaran hatinya dengan lantunan zikrullah sebagaimana firman Allah swt. dalam surah Ar-Ra'd ayat 28.
Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan yang tidak, seumpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Bukhari dan Muslim)
Siapapun kita, ada masa kelemahannya.
Manusia bukan makhluk tanpa khilaf dan dosa. Selalu sahaja ada lupa.
Ketika ruhani dan jasad berjalan tidak seimbang, di situlah berbagai
kealpaan terjadi. Pada saat itulah, pengawasan terhadap nafsu
menjadi lemah.

Imam Ghazali mengumpamakan nafsu seperti anak kecil. Apa sahaja
ingin diraih dan dikuasainya. Ia akan terus menuntut. Jika tidak
dituruti, nafsu tidak akan pernah berhenti.
Pada saat tertentu, nafsu boleh menjadi dominan. Bahkan sangat
dominan. Nafsu pun akhirnya memegang kendali hidup seseorang itu.
Kesedaran dan hatinya menjadi lumpuh. Pada ketika itu, seorang
manusia sedang "bertuhankan" nafsunya.
Allah swt. berfirman,
Seburuk manapun seorang muslim, ada pintu kebaikannya.
Seperti kebanyakan manusia lain, seorang muslim pun mempunyai nafsu.
Bezanya, nafsu orang yang beriman lebih mampu untuk dikendalikan dan
dirawat. Namun, kelengahan kita boleh memberi peluang bagi nafsu
untuk tampil menjadi dominan. Maka pada saat itu seorang hamba Allah
akan melakukan dosa.
Dosa bagi seorang mukmin seperti kotoran yang busuk manakala solat
serta istighfar adalah di antara pencucinya. Semakin banyak usaha
penyucian, kotoran pun akan mudah lenyap termasuk warna dan baunya.
Allah swt. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 135.
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertakwa….Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan
Allah. Lalu, memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
"Khilaf" bagi hamba Allah adalah umpama mata air yang tersumbat. Dan
zikrullah adalah pembuka kepada sumbatan tersebut. Ketika zikrullah
dilantun dan disiram ke dalam hati, air jernih pun akan mengalir dan
menyegarkan wadah hati yang pernah kering.
Sekecil manapun kebaikan dan keburukan, ada ganjarannya.
Satu perkara yang dapat menyegarkan kesedaran ruhani adalah
pemahaman bahwa apa pun yang dilakukan oleh manusia akan mendapat
balasannya di dunia dan di akhirat bahkan di akhirat ada balasan
yang jauh lebih dahsyat. Firman Allah swt.,
Pemahaman seperti inilah yang sentiasa membimbing hamba Allah untuk
dapat beramal. Keimanannya terpancar melalui perbuatannya yang
nyata. Lantunan zikirnya hidup dalam semua keadaan sebagaimana
firman Allah swt :
Ya Allah, kurniakanlah ketenangan dan kesegaran dalam hati kami
dengan zikir kepadaMu dan hindarkanlah hati kami dari menjadi kering
dan keras serta lindungilah jiwa kami dari godaan2 dan tarikan hawa
nafsu kami.
Ameen Ya Rabbal Alameen
