Islamic Widget

Rabu, 11 Ogos 2010

Jadual Baca Quran untuk Ramadhan 1431H

“Allahu akbarullahu akbar”, “Allahu akbarullahu akbar”.

“Abang cepat bang, azan dah berkumandang, Maghrib dah masuk ni, SYAITAN dah kena tambat semuanya, jom cepat kita sambut Ramadhan”.

“Ya lah, kita kena cepat solat berjemaah ni, kita kena sambut Ramadhan macam kita sambut tetamu yang datang rumah kita tadi kan”.

Ini lah perbualan kami menjelang waktu Maghrib semalam.Semoga kita lebih ‘alert’ dengan apa yang kita nak buat tahun ni.

Baca QURAN dan FAHAM MAKNA dia perlu di LEBIH kan. Boleh guna jadual baca Quran ini untuk panduan.

Jadual Baca Quran – Khatam al-Quran dalam masa 15hari RAMADHAN 1431

Tarikh/ Hari

Subuh

Asar

Maghrib

Selepas Terawih

Khamis

12/8/10

1/2 juzuk 1

1/2 juzuk 1

1/2 juzuk 2

1/2 juzuk 2

Jumaat

13/8/10

1/2 juzuk 3

1/2 juzuk 3

1/2 juzuk 4

1/2 juzuk 4

Sabtu

14/8/10

1/2 juzuk 5

1/2 juzuk 5

1/2 juzuk 6

1/2 juzuk 6

Ahad

15/8/10

1/2 juzuk 7

1/2 juzuk 7

1/2 juzuk 8

1/2 juzuk 8

Isnin

16/08/10

1/2 juzuk 9

1/2 juzuk 9

1/2 juzuk 10

1/2 juzuk 10

Selasa

10/8/17

1/2 juzuk 11

1/2 juzuk 11

1/2 juzuk 12

1/2 juzuk 12

Rabu

18/8/10

1/2 juzuk 13

1/2 juzuk 13

1/2 juzuk 14

1/2 juzuk 14

Khamis

10/8/19

1/2 juzuk 15

1/2 juzuk 15

1/2 juzuk 16

1/2 juzuk 16

Jumaat

20/8/10

1/2 juzuk 17

1/2 juzuk 17

1/2 juzuk 18

1/2 juzuk 18

Sabtu

10/8/21

1/2 juzuk 19

1/2 juzuk 19

1/2 juzuk 20

1/2 juzuk 20

Ahad

22/8/10

1/2 juzuk 21

1/2 juzuk 21

1/2 juzuk 22

1/2 juzuk 22

Isnin

10/8/23

1/2 juzuk 23

1/2 juzuk 23

1/2 juzuk 24

1/2 juzuk 24

Selasa

24/8/10

1/2 juzuk 25

1/2 juzuk 25

1/2 juzuk 26

1/2 juzuk 26

Rabu

25/8/10

1/2 juzuk 27

1/2 juzuk 27

1/2 juzuk 28

1/2 juzuk 28

Khamis

26/8/10

1/2 juzuk 29

1/2 juzuk 29

1/2 juzuk 30

1/2 juzuk 30

Adakah Syaitan Benar-benar Dirantai Di Bulan Ramadhan?

Pernah terbaca kisah org masih kena rasuk masa bulan ramadhan,tak percaya tenguk sekolah tanjung lumpur nanti ada kes tak..
Ada juga syaitan kepala manusia 'kena rasuk' masa org lain sembahyang terawih dia curi kasut di masjid..
ARTIKEL 1

Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi saw, sabdanya :-

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam

*******************
ARTIKEL KE 2

Adakah Syaitan Benar-benar Dirantai Di Bulan Ramadhan?

Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab Shaum (Puasa). Namun lafaz yang dibawa oleh Imam Bukhari berlainan dari Muslim walaupun dari periwayat yang sama iaitu : "Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu jahannam dan dirantai syaitan-syaitan.." Namun, perbezaan lafaz ini tidak membawa kepada perbezaan makna hadis.

Persoalannya : Adakah syaitan benar-benar dirantai di bulan Ramadhan sehingga tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa? Kalau ini yang terjadi, bagaimana pula yang berlaku pada hari ini di mana dilihat kemaksiatan yang berlaku di bulan Ramadhan tidak kurang hebatnya daripada yang berlaku di bulan yang lain? Atau adakah rantai tersebut hanyalah satu simbolik (majaz)?

Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan. Manakala hakikat yang terjadi pada hari ini di mana ramai orang-orang yang berpuasa tetap meneruskan kemaksiatan ialah kerana puasa mereka tidak menepati syarat-syarat dan tidak dihayati sebagaimana yang sepatutnya. Apabila puasa tidak dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap berkekalan sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai. Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama' terhadap hadis ini yang menyatakan syaitan-syaitan dirantai terbahagi kepada dua iaitu memahaminya secara simbolik ataupun memahaminya di atas maknanya yang zahir. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak bertentangan antara satu sama lain. Seandainya seseorang itu berpuasa dengan sebenar-benarnya, maka sesungguhnya dia telah merantai syaitan daripada mendekati dirinya.

Wallahualam. sama2 kita buat kajian

Berapa Lama Masa Yang Anda Ambil Untuk Khatam Al-Quran?

Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:

Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.

Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah…

Hurmm~ Itulah dia… Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga. Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran…

Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun, kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa… Tapi kalau faham, lagi bagus!

Dibawah ini saya sediakan juga tips-tips yang boleh kita ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada diri saya, dan kepada sesiapa saja yang bercadang untuk cuba Menghafaz Al-Quran…

TIPS MENGHAFAL QURAN

  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
  • Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
  • Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.
  • Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.
  • Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.
  • Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
  • Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
  • Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
  • Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
  • Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
  • Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
  • Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
  • Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

Tips Hafaz Al-Quran dirujuk dari;
ILuvIslam

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

Salam sahabat-sahabat,
Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Kita mahu puasa itu menatijahkan keredhaan ALlah serta mendapat keampunanNYA. Dan itulah janji Nabi saw kalau kita menunaikan puasa dengan SEMPURNA.

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ *
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melakukan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu * (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berikut dicadangkan JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.

4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat 'DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma'thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma'thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG
1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2."Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA.

HjMizan Sekeluarga..

Selasa, 20 Julai 2010

anDa dan Alasan

Kisah Motivator berjaya, Namunn ????

Namanya Nick Vujicic. Wajahnya tampan, pengusaha berjaya, motivator ulung dan pemidato kelas dunia. Nick tidak memiliki apa yang menjadikan kita manusia berkaliber: tangan dan kaki. Selain dari potongan daging yang menonjol di bagian kakinya, ia tidak memiliki organ yang boleh digunakan untuk melakukan sebahagian besar aktiviti manusia : makan, minum, mandi, menyikat rambut, memakai lotion atau bersosial di Facebook.

http://www.resurrectionyouth.com/blog/wp-content/uploads/2009/04/nick.jpg

Lama sebelum Nick sedar dan malu terhadap cacat tubuhnya, kedua orang tua telebih dulu merasa hancur hati ketika melihat bayi yang sepatutnya menjadikan mereka pasangan berbahagia ternyata tidak lebih dari setongkol daging yang bergerak. Memiliki anak yang hampir cacat keseluruhan tubuh, telah memaku kedua orang tuanya pada takdir ‘menjaga-dan-merawat-anak-itu-seumur-hidup’.

http://www.turnbacktogod.com/wp-content/uploads/2009/01/nick-vujicic.jpg

Lahir di Australia pada saat peraturan pemerintah tidak mengizinkan anak-anak dengan cacat tubuh mengikuti sekolah harian merupakan seksaan lain yang harus dialami orang tua dan tentu saja Nick sendiri setelah sadar bahwa ia berbeza dengan manusia lain. Rasa tertolak dan tidak berharga tentu saja dirasakannya. Tidak hairan ketika berusia 8 tahun, Nick mulai mencuba untuk bunuh diri. Ketika akhirnya undang-undang pemerintah berubah dan mengizinkan anak-anak seperti Nick bersekolah di sekolah harian, itu hanya memberikan babak baru pada bentuk cabaran yang lain yang diterimanya. Kalau orang sihat saja sering berpeluang, apalagi dengan tubuh cacat seperti yang ditanggung Nick.

http://petruccia.files.wordpress.com/2008/04/nick2.jpg

Selain mencuba bunuh diri, Nick juga mencuba untuk memohon doa pada ALLAH, dengan sifa Maha Kuasa-Nya, dengan meminta Ia menumbuhkan tangan dan kaki baginya. Tapi mukjizat itu tidak pernah terjadi. Nick kecewa kerana Tuhan tidak mendegar doanya. Namun Tuhan ingin memberikan kepada Nick lebih dari sekedar tangan dan kaki. Jika Tuhan menjawab doa Nick dengan menumbuhkan tangan dan kaki, tentu saja tulisan ini tidak pernah terjadi. Saya dan jutaan orang yang terinspirasi dengan kehidupan Nick tidak akan pernah mengenalnya. Ia hanya akan menjadi salah seorang pemuda tampan di kampung sebelah, ayah yang sayang keluarga, kemudian meninggal sebagai orang tua, tanpa memberikan kesan yang lebih besar bagi dunia.

http://ngbc.files.wordpress.com/2008/02/nick-v.jpg

Nick akhirnya berhenti berharap menjadi manusia normal ketika ia sedar bahawa kekurangannya dapat menjadi inspirasi bagi semua orang. Jika ia mampu mengatasi halangannya, apalagi manusia yang sempurna tanpa cacat. Ia mulai belajar dan berlatih. Ia belajar untuk menjadi pemceramah sejak remaja. Nick lulus pada saat ia berusia 21 tahun dengan double major:
Accounting dan Financial Planning. Ternyata Tuhan memberikan kelebihan kepada Nick, iaitu otak yang bijak dan berkarisma sebagai Public Speaker. Sampai sekarang, Nick mampu mengerjakan hampir semua yang mampu dikerjakan oleh manusia normal, hanya dengan 2 jari kecil yang tumbuh di kakinya. Ia mampu menulis, menaip cepat, melayari internet, memancing, bermain golf, berenang dan tentu mencari kewangan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUHwQ45VBzsfx5RmKgWTYQ1e-LV9eY34Hh9Ehk80BHT84qttE2U1TfkOo-yI3K3HQF4XWsHEg94UI97_55wsK9cV4HcwzczxBnT4SY_WAdtNmSTZS2bOEkBKjkPneqLz-gp7Zwg_4KQsH4/s400/Inspiring+Life+of+Nick+Vujicic+image003.jpg

Apa yang dicapai oleh Nick menjadikan ia International Motivational Speaker yang didengar oleh baik kalangan orang. Ia berkeliling dunia untuk memberikan inspirasi dan motivasi bagi orang-orang yang seperti saya dulu, tanpa pengharapan dan tujuan hidup. Selain menjadi pemceramah yang karismatik, Nick juga memiliki karier yang berjaya di bidang kewangan. Ia memiliki beberapa rumah mewah yang dilengkapi oleh kolam renang pada usia yang relatif sangat muda, menobatkan ia sebagai salah satu Most Wanted Bachelor.

Saat ini, tangan dan kaki bukan lagi keperluan utama bagi seorang Nick Vujicic. Bukan juga bahan dan populariti. Ia telah memiliki semuanya. Ia memiliknya bukan kerana menjadi seorang manusia yang sempurna, melainkan menjadi manusia yang mengerti erti dan tujuan hidupnya berada di dunia ini. Di wajahnya selalu terpancar senyum bahagia, kepercayaan diri serta kepuasan akan apa yang sedang ia kerjakan.

http://www.kaskus.us/images/smilies/berduka.gif
http://www.kaskus.us/images/smilies/sumbangan/47.gif

anDa dan Alasan

♠ Kisah Motivator berjaya, Namunn ???? ♠ ♠
________________________________________